Monday, September 7, 2009

Lepas Bagan Pinang kita Ke Pulau Pinang

GEORGETOWN - Satu lagi pilihan raya kecil mungkin berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat jika beberapa isu yang dianggap remeh tidak ditangani segera oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Kali ini akan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang mewakili BN kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan terasa dipinggirkan.

Jika tiada pilihan lain dan keadaan masih tidak berubah, beliau nekad untuk mengosongkan kerusi itu dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana tidak mahu terus dipersalahkan oleh penduduk yang menganggapnya tidak mampu buat kerja dan membantu mereka.

Ketika ditemui Sinar Harian, ADUN itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian.

“Mana boleh bantuan cuba disekat untuk ADUN tertentu kerana semua ini adalah untuk keperluan rakyat. Kenapa sesetengah peruntukan tidak boleh disalurkan terus kepada saya atau penduduk di kawasan saya tetapi perlu dirujuk kepada orang tertentu terlebih dahulu. Jika tidak mendapat ‘perkenan’ daripada mereka, maka bantuan itu tidak akan sampai ke kawasan saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi ia kini menjadi amalan mereka dan begitu ketara sejak pilihan raya umum lalu.

“Kenapa ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap sesetengah ADUN dibiarkan berterusan kerana ia turut memberi kesan kepada saya untuk membantu rakyat.

“Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau begitu kecewa dengan pentadbiran beberapa agensi berkenaan yang sudah lari daripada matlamat untuk menyalurkan mesej dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat jelata.

“Mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan itu, ADUN sahaja yang nampaknya terpaksa bertungkus lumus menjaga dan menolong rakyat tetapi agensi yang terlibat secara langsung untuk membantu tidak memberi sokongan kepada wakil rakyat.

Bagaimanapun, beliau masih memberi peluang kepada agensi berkenaan dan pihak terbabit agar dapat mengubah sikap dan tidak memilih bulu untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat.

“Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu,” katanya.

Sunday, September 6, 2009

UMNO/BN Semakin Lari Semakin Dekat.. Dah Tak Tau Pie Kemana Dah..!!! | Nizar Online Pilihanraya: UMNO Nak Lari Kemana ?

1. Tentu sahaja apa yang berlaku tidak tercetus secara kebetulan melainkan segalanya adalah ketentuan Allah swt. Tuhan Yang Maha Bijak lagi Maha Adil .

2. Lantaran itu , pilihanraya kecil yang luarbiasa kali ini [ 9 kali dalam tempoh setahun ] malah sangat ajaib [ pinjam kata - kata Prof Abu Hassan ] jua berlaku atas kehendak Allah swt yang menyimpan sejuta hikmah .

3. UMNO dan BN enggan membubarkan DUN Perak bagi membolehkan kerajaan pilihan rakyat dibentuk semula selepas UMNO dan BN merampasnya tanpa semangat demokrasi . Allah kurniakan 9 pilihanraya kecil diseluruh negara . Setakat ini hanya satu di menangi oleh UMNO dan BN iaitu di Batang Ai Sarawak .

4. UMNO dan BN tidak sudah - sudah cuba melumpuhkan kekuatan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim , Allah swt taqdirkan berlaku 3 pilihanraya kecil di kawasan beliau iaitu Parlimen Permatang Pauh , Penanti dan Permatang Pasir . Ketiga - tiganya dimenangi oleh Pakatan Rakyat sekaligus menggambarkan bahawa peribadi Datuk Seri Anwar sukar digugat oleh UMNO dan BN .

5. UMNO dan BN turut memperlekeh kewibawaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan membelasahnya siang dan malam , Allah swt buat pilihanraya kecil di Kuala Terengganu . Tuan Guru diuji dengan isu perletakkan calon di Kuala Terengganu dan akhirnya Allah swt menunjuk jalan dan akhirnya Pakatan rakyat menang lagi .

6. UMNO dan BN mensasarkan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai figure yang mesti dijatuhkan dengan apa cara sekalipun . Beliau diaibkan dengan pelbagai isu yang sering dieksploitasi oleh media . Allah swt sekali lagi mengisytiharkan pilihanraya kecil di Manek Urai . Biarpun menyaksikan kemenangan tipis , tetapi setelah melihat UMNO dan BN mengerahkan seluruh tenaga luar dan dalamnya untuk memenangani pilihanraya tersebut namun realitinya mereka gagal lagi .

7. UMNO dan BN sebelumnya telah cuba mengaibkan tokoh baru PAS Datuk Seri Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak yang dinafikan hak dan dirampas kuasanya secara mafia oleh mereka . Malah mereka melabelkan kononnya Nizar adalah penderhaka . Lalu Allah swt Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan dan munajat hambaNya mengadakan pilihanraya kecil Bukit Gantang yang tidak mampu dielak lagi oleh UMNO dan BN . Nizar sendiri menjadi calon dan ternyata beliau menjadi Panglima Bukit gantang yang baru .

8. UMNO dan BN cuba jatuhkan negeri Kedah dengan mempalit calar pada kepimpinan Datuk Seri Azizan Razak . Bukit Selambau menjadi saksi betapa kerajaan Datuk Seri Azizan sukar untuk digugat oleh UMNO dan BN . Kini mereka tidak berani mengisytiharkan pilihanraya di DUN Seputeh , tetapi Allah swt Tuhan Yang Maha Adil lagi Saksama mentaqdirkan pilihanraya di bagan Pinang Negeri Sembilan . UMNO dan BN nak lari kemana ?

9. UMNO dan BN ada peluang menang di Bagan Pinang ini dan tentu sahaja kali ini , mereka akan berkata rakyat telah kembali kepada UMNO dan BN sebagaimana itulah ungkapan syukur mereka selepas pilihanraya kecil Manek Urai yang menyaksikan mereka kalah tipis . [ Namun belum selesai post mortem pilihanraya kecil Manek Urai , mereka terkedu seketika di Permatang Pasir setelah menyaksikan kekalahan teruk yang mereka alami dalam sebuah pilihanraya kecil .]

10. Sungguhpun begitu , saya percaya UMNO dan BN tidak akan mampu mengukir senyum jantan biarpun kemenangan bakal diperolehi mereka kelak kerana undi pos sahaja di Bagan Pinang dianggarkan sekitar 5000 . Kalaupun mereka menang , mereka bukan wakil rakyat tetapi wakil pos . Tapi .... kalau mereka kalah juga , entahlah ... saya tidak tahu nak kata apa lagi kecuali satu soalan saya nak tanya mereka , hei UMNO dan BN , nak lari ke mana lagi ?

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

seloka

Monday, August 24, 2009

Kedah dan Selangor dalam bahaya?

Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini). Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan. Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.

Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor. Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.

Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai. Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.

Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu. Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.

Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor. Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.

Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil? Tidak.

Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.

sumber:PerakExpress

Bapa Rafizah pula hilang?

Kalau semalam, rakan kongsi Rohaizat hilang dan tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur dan membuat sidang akhbar menyalahkan Pakatan Rakyat pula, kini bapa Rafizah pula hilang.Kami tidak menolak kemungkinan, selepas ini, bapa Rafizah pula akan membuat pengakuan menafikan apa yang dikatakan sebelum ini.

Umno semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja untuk menang di Permatang Pasir. Dan sebelum En. Mohd. Ali membuat pengakuan yang dipaksa, kita dengar kembali perbualan telefon dengan En. Mohd. Ali sebelum ini dan juga rakaman perbualan dengan ibu saudara Rafizah sendiri yang boleh didengar di blog Nora disini.

Dalam Malaysiakini semalam, bapa Rafizah, En. Mohd. Ali telah memberikan tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat membuat pengakuan. (Baca disini)Tetapi sebaik saja berita tersebut disiarkan, En. Mohd Ali telah dibawa oleh orang-orang yang tidak dikenali ke Kuantan.

DUN Kedah mungkin bubar?

Belumpun lagi DUN Perak hendak dibubarkan, kerajaan negeri Kedah mungkin akan membubarkan Dewan Undangan Negerinya. Ianya ada kaitan dengan keluarnya dari parti, Radzhi Salleh, yang juga merupakan EXCO Pelancongan Kedah.

Menurut sumber, DUN Kedah mungkin akan dibubarkan jika sekiranya Exco PKR itu mampu membawa beberapa orang lagi untuk turut mengikut jejak langkahnya keluar dan seterusnya berjaya menggugat kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sumber:Team PerakExpress

Yusri Ishak di ‘turn-over’

Pada 20 Ogos lalu, rakan kongsi Rohaizat, Yusri Ishak membuat pendedahan tentang salahlaku Rohaizat di Yayasan Aman, Penanti. Bukan setakat sidang media, malah beliau turut serta dipentas-pentas ceramah Pas pada malam-malam berikutnya.

Dalam sidang media di Yayasan Aman, Yusri begitu tenang dan menjawab soalan-soalan secara spontan, tanpa membayangkan sebarang perasaan takut atu dipaksa.
gambar milik Minaq Jinggo

gambar milik Minaq Jinggo

Tetapi semalam, beliau telah membuat satu lagi sidang media, jauh dari Permatang Pasir. Sidang media yang dibuat di Hotel Grand Season, menyaksikan Yusri membuat ‘about-turn’, dan menyatakan kekesalan beliau kerana Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan isu tersebut.

Sidang akhbar hari ini agak anih dan pelik kerana Yusri seolah-olah menyesal menjadi sebab rakannya diburuk-burukkan. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi tetapi tidak menyatakan kesalahan pihak pembangkang.

Bukan senang untuk mempertahankan prinsip dan kebenaran, selagi kita diperintah BN. Apa yang berlaku kepada Yusri telah pun berlaku kepada Bala sebelum ini. Apa yang diharapkan, Yusri tidak ‘hilang’ pula selepas ini.

Melihat kepada gambar diatas, kita boleh membuat kesimpulan, sama ada sidang media di Kuala Lumpur itu dengan sukarela atau dipaksa.

Sunday, August 23, 2009

AZRIL AHMAD wants to keep up with you on Twitter

AZRIL AHMAD wants to keep up with you on Twitter

To find out more about Twitter visit http://twitter.com/i/bed1129e23d3484042e367b2141ce763fbc4db06

Thanks,
— The Twitter Team

About Twitter

Twitter is a unique approach to communication and networking based on the simple concept of status. What are you doing? What are your friends doing—right now? With Twitter, you may answer this question over SMS or the Web and the responses are shared between contacts.

This message was sent by a Twitter user who entered your email address. If you'd prefer not to receive emails when other people invite you to Twitter you can opt-out

Please do not reply to this message; it was sent from an unmonitored email address. This message is a service email related to your use of Twitter. For general inquiries or to request support with your Twitter account, please visit us at Twitter Support.

Thursday, August 20, 2009

Rakan Kongsi Berang Di Kambing Hitam

Kontroversi kes pecah amanah wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang Berhad yang membabitkan calon Umno-BN Rohaizat Othman semakin jelas dengan pendedahan bekas rakan kongsinya.

Individu terbabit, Yusri Isahak, dalam satu sidang akhbar hari ini berkata Rohaizat terbabit sepenuhnya dalam kes penyelewengan wang milik para pekebun getah itu.

“Saya amat berani kerana kejadian yang berlaku sekarang dan saya amat menghormati diri saya. Saya tidak takut dengan mana-mana pihak sama ada berdebat atau berbincang secara terbuka atau tertutup tiada masalah.

“Saya berharap dengan penjelasan ini saya dapat membersihkan diri saya dari di kambing hitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguam bela dan peguam cara,” katanya.

Rohaizat dicalonkan Umno-BN untuk merampas kerusi Dun N11 Permatang Pasir dari Pakatan Rakyat. Umno berhadapan dalam pertandingan satu-lawan-satu dengan calon Pas Mohd Salleh Man Mat Aji.

Rohaizat disenarai hitam lembaga disiplin Majlis Peguam Malaysia tahun lepas selepas beliau didapati menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk kepentingan kawan-kawan.

Majlis Peguam berkata ia membabitkan lebih RM161,000 wang pekebun getah.

Rohaizat seterusnya mencabar keputusan Majlis Peguam di mahkamah, namun Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman tersebut, lima hari sebelum Umno mencalonkan beliau sebagai calon parti perkauman itu dalam Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir.

Umno menepis persoalan orang-ramai dan beralasan penyenaraian hitam kerana menyeleweng wang milik pekebun-pekebun kecil bukanlah satu kes jenayah.

Umno juga mendakwa Rohaizat telah membayar semula wang pekebun-pekebun kecil, serta mendakwa Rohaizat di hukum Majlis Peguam untuk kesalahan yang dilakukan oleh rakan kongsi, iaitu Yusri Ishak.

Majlis Peguam dan Yusri Isahak menafikan semua dakwaan Umno ini.

“Sebarang urusan pembelian tanah tersebut dan pengunaan wang koperasi dibuat dengan pengetahauan dan penglibatan Rohaizat. Mana mungkin pengaliran keluar masuk wang dalam syarikat tidak diketahui kerana rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

“Para peguam saya sedang memulakan tindakan undang-undang saman fitnah terhadap beberapa individu yang dengan jelas, terang serta nyata menyatakan bahawa saya lah yang telah mengelapkan duit atau menyalahgunakan wang syarikat.

"Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan berlaku, saya ingin menyatakan di sini bahawa segala perjalanan pentadbiran ofis dan pengeluaran cek-cek kemasukan fail-fail semua dilakukan melalui perbincangan dengan rakan kongs. Ertinya apa yang dilakukan oleh rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah pihak bukan satu pihak sahaja," katanya.

Rohaizat dan Yusri adalah rakan kongsi di firma Saif Ariff and Rohaizat yang beribu pejabat di Butterworth, Pulau Pinang.

Koperasi Pekebun Getah Kecil Pulau Pinang Berhad adalah klien Rohaizat. Menurut Yusri, sebelum penyelewengan berlaku, sebuah bank telah meluluskan pinjaman RM320,000 kepada koperasi terbabit.

Menurutnya, Wang yang akan digunakan untuk membeli sebuah tanah bagi pihak koperasi itu telah di depositkan ke akaun klien di firma guaman Rohaizat.

Yusri mendedahkan calon Umno ini menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil itu bernilai RM100,00 untuk membantu seorang kawan membiayai pembelian tanah bernilai RM130,000.

Menurut Yusri, kawan kepada calon Umno ini sepatutnya membayar semula wang milik koperasi ini kepada Rohaizat namun gagal berbuat demikian.

Menurutnya, Rohaizat kemudiannya membeli tanah tersebut dengan tujuan untuk menjual tanah itu dan membayar balik wang milik koperasi, namun gagal.

“Setelah gagal membayar balik pinjaman Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut. Malangnya firma gagal menjual sebahagian tanah tersebut dan gagal bayar semula wang koperasi yang digunakan,”katanya.

Yusri juga mendedahkan Rohaizat sekali lagi menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk membantu seorang lagi kawannya, yang merupakan pengarah di sebuah syarikat pemaju perumahan.

Selain itu, Yusri berkata Rohaizat turut dikatakan menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil ini untuk menguruskan cawangan Saif Ariff and Rohaizat di Ipoh.

Wednesday, August 19, 2009

Pilihan Raya Lagi?SPR Akan Tentukan Status Dun Kota Siputeh

Suruhanjaya Pilihan Raya Kedah telah menghantar surat memohon pengesahan status Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif ke SPR Putrajaya.

Pengarah SPR Kedah Zainal Abidin Zakaria berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail memaklumkan bahawa Abu Hassan telah kehilangan kerusi itu dua hari lalu.

Abu Hassan adalah Ketua Umno Bahagian Jerlun dan telah berkhidmat sebagai Adun Kota Siputeh selama empat penggal.

Dr Isa berkata Seksyen 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah menetapkan bahawa mana-mana adun yang gagal menghadirkan diri ke sidang dun selama dua kali berturut-turut secara automatik hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan perlu melepaskan kerusi dunnya.

Wakil rakyat Umno itu dilaporkan gagal menghadirkan diri ke 19 April dan 9 Ogos.


Adun BN mana boleh hilang kerusi.Kalau Adun PR kerusi tak kosong pun dikosongkan.